YouTube Sidang Rakyat

Loading...

Saturday, 15 June 2013

Kanak-kanak OKU dapat sumbangan alat pendengaran


OKU DAPAT SUMBANGAN ALAT PENDENGARAN … Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Laisah Anita Baranting (kiri) memerhati seorang kanak-kanak daripada 1,300 Orang Kurang Upaya (OKU) yang mendapat sumbangan alat bantuan pendengaran daripada Starkey Hearing Foundation (SHF) sebuah yayasan dari Amerika Syarikat secara percuma di Kota Kinabalu, hari ini.

Di Sabah, terdapat kira-kira 26,000 orang kurang upaya telah berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am setakat ini. Ianya meliputi tujuh kategori iaitu cacat pendengaran, cacat fizikal, masalah pembelajaran, buta, masalah pertuturan, mental dan lain-lain.

Sementara itu, Pengasas SHF, Bill Austin berkata menerusi sumbangan berkenaan, SHF berharap mereka yang cacat pendengaran dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.